Monday 13 August 2012

Bunyi Vokal


Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru- paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan. Vokal  boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
i    Vokal hadapan
ii   Vokal tengah
iii  Vokal belakang

Kedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah di bawah



Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa Melayu.

Berdasarkan kepada gambar rajah di atas dapat digambarkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian hadapan lidah, bahagian sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Jelas bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal. Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:



Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

Berdasarkan gambar rajah di atas jelaslah bahawa lidah berfungsi dalam pembahagian jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah mempunyai hubungan dengan bunyi vokal yang akan dibunyikan. Selain itu, bibir juga memainkan peranan yang tersendiri dalam penghasilan bunyi vokal. Menurut Adul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir boleh berbentuk seperti berikut:

• Hampar
• Separuh hampar
• Bundar
• Separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau
bundar dan separuh bundar. 

No comments:

Post a Comment